LG G4 AKAN DI LANCARKAN PADA 28 APRIL INI



LG telah mengedarkan jemputan pihak media ke acara pelancaran telefon pintar LG G4 yang akan diadakan pada 28 April ini. LG telah menerbitkan gambar teaser beberapa hari lalu dengan mesej bertemakan huruf ‘G’ dan frasa ‘Save the date’. Kini tarikh 28 April telah disahkan dengan jemputan terbaharu ini.




LG telah mengedarkan kepada pihak media, jemputan rasmi ke acara pelancaran telefon pintar LG G4 yang akan diadakan pada 28hb April ini. Jemputan tersebut memaparkan bahagian belakang telefon pintar itu dan memperlihatkan kamera, flash dan butang setting yang diletakkan di bahagian belakang telefon pintar itu. Selain itu, ia dilihat mempunyai bahagian kasing yang diselaputi kulit dan bukan logam seperti telefon pintar berspesifikasi tinggi dari pengeluar lain.

LG juga telah menerbitkan video teaser yang memaparkan lensa f/1.8 yang dilengkapkan padanya. Ia juga membayangkan kamera ini mempunyai kebolehan tinggi dalam keadaan gelap dan ciri kamera ini sekali lagi diketengahkan dalam jemputan terbaharu ini.

Segalanya akan didedahkan 28 April ini, namun kami mengetahui bahawa ramai tidak sabar untuk mengetahui samada LG G4 akan dilengkapi pemproses Snapdragon 810 ataupun 808 ekoran kmasalah berkaitan kepanasan melampau pemproses Snapdragon 810.



LG G4 AKAN DI LANCARKAN PADA 28 APRIL INI Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

Post a Comment