HTC ONE M8S AKAN DILANCARKAN DI EROPAH


HTC akan menjenamakan semula telefon pintar utamanya tahun lepas, iaitu HTC One M8, menjadi satu model telefon pintar yang lebih murah dikenali sebagai HTC One M8S. Selain pemproses dan kameranya, komponennya yang lain hampir sama dengan model telefon pintar 2014 itu.

HTC One M8S dilengkapi skrin 5 inci 1080p dan badan yang diperbuat daripada logam, sama dengan model M8, tetapi ia dilengkapi dengan pemproses 8 teras Snapdragon 615 dan menukarkan kamera 4MP Ultrapiksel kepada kamera biasa 13MP. Namun ia mengekalkan lensa kedua yang membolehkannya melakukan efek berkaitan dengan fokus seperti pada model M8.

Baterinya berkapasiti 2840mAh iaitu lebih besar berbanding bateri 2600mAh pada M8. Ia dilengkapi juga dengan 2GB RAM dan 16GB ruang storan di samping slot kad MicroSD. Walaubagaimanapun pada ketebalan 9.55mm, ia lebih tebal sedikit berbanding M8 yang berukuran 9.4mm, tetapi berantnya sama, iaitu 160g. Ia juga menjalankan antaramuka HTC Sense 6 pada Android 5.0 Lolipop berbanding model M9 yang menjalankan HTC Sense 7.

HTC M8S akan dikeluarkan dalam warna emas, perak dan kelabu serta dikeluarkan secara terhad untuk pasaran Eropah buat masa ini. Namun negara mana yang bakal menerimanya, belum dimuktamadkan. Di UK, ia dijual pada harga £379.99 (RM2,060) tanpa kontrak mahupun kad SIM.

Walaubagaimanapun, HTC tidak menyebut tentang pemasaran telefon pintar ini di negara-negara selain Eropah.
HTC ONE M8S AKAN DILANCARKAN DI EROPAH Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Pink ponk

Post a Comment