ASUS VIVOWATCH DENGAN BATTERY TAHAN LAMA


Menurut Engadget, jam tangan pintar akan datang keluaran Asus, digelar Asus VivoWatch mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 hari, 10 kali ganda ketahanan bateri Apple Watch. Jam tangan yang memfokuskan kepada kecargasan itu dilengkapi fungsi-fungsi seperti pemantauan tidur dan kadar denyutan jantung serta pengesan GPS.

Walaupun dilengkapi pelbagai sensor, ciri utama yang membezakannya daripada jam tangan pintar lain adalah ketahanan bateri 10 harinya, sekaligus mengatasi kelemahan Apple Watch yang hanya mempunyai jangkahayat barteri 1 hari.

Bagaimana ia boleh mencapai ketahanan bateri selama itu? Jawapannya ialah ia menggunapakai gabungan skrin hitam putih dan LED berwarna yang efisyen, dilihat dalam gambar di atas. Ia juga dikatakan tidak menjalankan Android Wear.

Selain itu, tidak banyak maklumat yang boleh didapati mengenai peranti ini. Namun, dijangka lebih banyak maklumat akan diperolehi minggu hadapan.
ASUS VIVOWATCH DENGAN BATTERY TAHAN LAMA Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Pink ponk

Post a Comment