NAJIB DIGESA LETAK JAWATAN



Najib Letak Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Jikalau Tidak BN Kalah Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14). Najib Mohon Respon! : Dahulu Tun Mahathir Mohamad berkuasa. Sekarang tidak lagi. Jadi, apabila bergelar rakyat Malaysia disebalik statusnya sebagai mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menggunakan saluran yang betul lebih-lebih lagi era teknologi sekarang melalui sesi luahan hati di blog Chedet.

Mungkin Tun Mahathir tidak mampu untuk menyembunyikan kekesalan terhadap Najib Razak yang terus terhimpit dengan pelbagai skandal dan Tun Mahathir Mohammad juga tidak mampu untuk mengangguk kepala sahaja seperti Ketua-ketua bahagian yang lain saat sang ketua memberikan ucaptama dan penerangan disebalik sebarang isu semasa yang berbangkit hari ini.

Tun Mahathir juga adalah seperti rakyat Malaysia yang tidak mampu hidup tenang apabila dikelilingi dengan pelbagai persoalan yang terus menerawang ke udara tanpa disambut dengan jawapan yang munasabah dan bernas. Tun Mahathir pastinya tidak sama dengan sekadar status Ketua-ketua bahagian yang lain yang mampu mengangguk kepala tanda setuju setiap kali ketuanya bersuara.


Najib Letak Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Kerana Terus Pimpin Negara?


  • Masakan tidak Tun Mahathir punya pengalaman yang cukup luas dalam mentadbir negara
  • Permainan sepak terajang politik yang penuh muslihat semuanya sudah dilaluinya dan dihadamnya
  • Dan paling penting beliau terkenal dengan sikap radikalnya terhadap pemimpin atas. Masakan Tunku Abdul Rahman sudah dikritiknya inikan pula sekadar Najib Razak, figura dan watak yang telah diangkat Tun Mahathir Mohammad sebelum ini. Jikalau ada kesilapan, bukan Tun Mahathir jikalau sekadar hanya berdiam diri.


Jikalau persoalan sepertimana yang terkandung dalam blog Chedet termasuklah seperti di bawah ini, pastinya Chedet aka Tun Mahathir Mohammad akan berdiam seketika :


  • Siapa arah Sirul Azhar bunuh Altantuya Shariibuu yang hanya sekadar “budak suruhan” untuk menjaga keselamatan VVIP di Malaysia?
  • Bagaimana anak Rosmah Mansor dan Najib Razak, Riza Aziz mempunyai duit ratusan juta ringgit sehingga mampu beli hartanah mewah dan juag melabur dalam filem “The Wolf of Wall Street”
  • Bagaimana seorang budak bernama Jho Low diberikan peranan untuk menguruskan duit negara bernilai puluhan bilion ringgit melalui syarikat kerajaan

Kredit to Berita Semasa
NAJIB DIGESA LETAK JAWATAN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

Post a Comment