1. Tubotel Langkawi
Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke http://www.tubotel.com
2. Tanah Aina Fahad
Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.
3. Time Capsule Retreat, Raub, Pahang
Anda sukakan suasana kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya, pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat. Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.
4. Casa Titik, Cherating, Pahang
Inginkan percutian yang tenang dan nyaman? Anda boleh ke Casa Titik, Cherating, Pahang, sambil menikmati pantai, anda boleh menikmati keindahan hijau yang segar. Menariknya Casa Titik ini menyediakan kolam renang yang besar sesuai untuk anak kecil, restoran seafood juga banyak di kawasan ini.
5. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
The Dusun memberikan suasana berlainan persis di Bali. Cuma The Dusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana.
6. Eight Acres, Raub, Pahang
Eight Acres adalah tempt percutian eco-friendly. Amat unit kerana ianya berada di antara kebuh buah-buahan, kelapa sawit dan juga pokok getah.
7. Sekeping Serendah, Selangor
Ingin merasai suasana kediaman mewah di dalam hutan? Sekeping Serendah adalah jawapannya.
8. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Suasananya sama seperti The Dusun, The Shorea merupakan tempat percutian tidak muslim friendly kerana anjing dibiarkan bebas di kawasan resort. Resort ini sangat sesuai untuk anda yang dalam mood honeymoon ataupun annivesary kerana di sini resort-nya sungguh nyaman dan mendamaikan.
9. Limastigai, Umbai, Melaka
LimasTigai di Umbai, Melaka ini hanya istimewa untuk pengunjung beragama Islam sahaja. LimasTigai mengetengahkan konsep kampung moden yang dilengkapi dengan kolam renang, sesuai untuk seisi keluarga dalam bercuti.
10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Desa Balqis memberikan suasana kampung zaman dahulu kala sangat nyaman, lokasinya di tepi Selat Melaka jadi anda boleh melihat pemandangan menarik.
11. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu
Mendamaikan! Tenang! Itulah yang dapat digambar di resort Terrapuri Heritage Village. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bakal buat anda relaks sepanjang hari.
12. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahan
Resort yang memberikan suasana kampung dahulu kala, sungai yang bersih, sesuai untuk seisi keluarga boleh bermanda-mandi di sungai tersedia.
13. Three Orchid Manukan Resort, Pulau Manukan, Sabah
Three Orchid Manukan Resort mempunyai sebuah pusat menyelam untuk mereka yang gemarkan aktiviti menyelam. Terdapat juga bot dan ski jet untuk disewa bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti parasailing dan menunggang ski jet.
14. Borneo Highlands Resort, Kuching, Sarawak
Terletak di dalam hutan hujan tropika Borneo, resort ini menawarkan bilik-bilik dengan hiasan Malaysia dan perabot kayu kedesaan. Sesuai untuk honeymoon.
15. Dream World Resort, Kundasang, Sabah
Bagi para pelawat yang ingin menikmati sepenuhnya pengalaman di Taman Negara Kinabalu, Dream World Resort merupakan pilihan tepat. Hanya sejauh 100 km, hotel 3-bintang ini boleh diakses dengan mudah dari lapangan terbang. Dengan lokasi yang mudah, hotel ini memberikan akses mudah ke tempat yang anda perlu lawati di bandar.
Post a Comment