7 TIPS BERKESAN MELUPAKAN ORANG YANG KITA SAYANG DALAM TEMPOH SINGKAT



Melupakan seseorang yang kita sayang bukanlah mudah. Kadangkala hati kuat untuk melangkah pergi, kadangkala hati kita ingin terus hidup dalam kenangan.

Cinta. Bukan mudah melupakan orang yang kita cintai. Tapi kehidupan perlu diteruskan.

Ya, bercakap memang mudah. Tapi tak mustahil kan?

Saya juga seperti anda. Saya pernah mengalami cinta terputus di tengah jalan. Atas sebab tertentu, terpaksa berpisah. Lebih perit bila cinta tidak direstui.

Bukan mudah untuk membuat keputusan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Kehidupan amat perit saya rasakan. Ketika ingin melupakan, ada sahaja kenangan yang menggamit di jiwa.

Terdengar lagu itu, saya teringat dia. Terlihat tempat makan itu, teringat si dia. Aduh,perit sangat bila terpaksa melupakan orang yang kita sayang.

Tapi, saya terfikir sampai bila saya harus begini?

Saya berdoa padaNYA agar diberikan petunjuk. Ketika rindu padanya, saya mengadu pada DIA. Bukan mudah untuk memulihkan hati.

Suatu hari, saya bermuhasabah diri. Menempatkan diri saya pada diri orang lain.

Pada mulanya, saya tempatkan diri saya pada diri kedua ibu bapa saya. Mereka hanya inginkan yang terbaik. Memang sudah menjadi lumrah, ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Walaupun saya terluka dengan keputusan ibu bapa saya, saya menerima dengan redha kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Oleh itu, saya tidak mahu perhubungan saya tidak direstui oleh ibu bapa saya.

Kemudian, saya tempatkan diri saya pada dirinya. Saya faham dia tidak mahu saya tersepit untuk membuat keputusan. Dia tahu bukan mudah untuk saya membuat pilihan kerana kedua-duanya amat saya sayangi. Jadi,dia memilih untuk pergi supaya saya tidak derhaka kepada kedua ibu bapa saya.

Kemudian,saya berfikir pula bagi pihak diri saya. Mungkin saya terleka dengan nikmat cinta yang diberikan Allah, sayang saya padanya melebihi sayang saya kepada Allah.

Sebelum saya terus terleka dengan cinta, Allah menarik balik nikmat itu. Mungkin juga sekarang belum masa yang sesuai untuk saya bercinta. Insyaallah ,jika benar dia jodoh saya, satu hari nanti kami akan dipertemukan semula di waktu yang sesuai. Saya yakin Allah akan memberikan yang terbaik buat saya.

Oleh itu, bangkitlah kawan-kawan. Hilangnya cinta manusia bukan bermakna kita putus harapan untuk hidup. Pandanglah ia dari sudut positif. Kita pasti dapat menempuhi keperitan ini dengan baik.


 Beberapa Cara  untuk Melupakan Orang Tersebut


1. Mohon kekuatan daripada Allah

Tips melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang. Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]

 2. Perbanyakkan solat sunat dan bacalah Al-Quran

 “…..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” 
[Surah Ar-Rad:Ayat 8]

Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.


3. Terimalah kenyataan

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri.

Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan?

Redhalah dengan ketentuanNYA.


4. Buang segala perkara tentang dia

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan seseorang yang kita sayang.

Buanglah segala perkara tentang dia. Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya.

Jika sayang untuk membuat hadiah pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda.

Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.


5. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.


6. Hindari semua perkara tentang dia

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia . Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia. Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.


7. Ceritakan masalah kepada orang yang dipercayai

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini.

Terakhir sekali,bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya. Terimalah kenyataan dan percayalah luka itu akan pulih seiring waktu.

Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah swt. HE will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time”.

 Kesimpulan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang harus kita lalui dengan sungguh-sungguh.

Maka, tiada gunanya kita berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatkan kita buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah pada kita.

Mungkin Allah ingin mengajarkan nilai syukur, lalu ditimpakan kesusahan dan kesedihan. Mungkin Allah ingin mendidik hati kita dengan sabar, lalu Dia berikan ujian. Mungkin Allah ingin melatih rasa rendah diri lalu diberikan kegagalan.

Mungkin Allah ingin menguji  nilai cinta kita kepadaNya, lantas Dia memutuskan kita dengan cinta yang lain.

Tidak diberikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Tidak dijadikan apa-apa pun tanpa sebab dan ibrah, yang pastinya membuatkan kita berasa kagum dan bersyukur pada suatu hari nanti :’).
7 TIPS BERKESAN MELUPAKAN ORANG YANG KITA SAYANG DALAM TEMPOH SINGKAT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

Post a Comment