ELAKKAN GUNA TISU UNTUK BERSIHKAN 5 BENDA NI


Kelam kabut tengok sesuatu yang tertumpah atau barang kotor, mesti anda terus tarik tisu. Lagi pun tisu sangat mudah di bawa ke mana-mana membersihkan sesuatu berbanding bawa kain. Tetapi anda perlu tahu, tidak semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu sebab hasilnya boleh merosakkan dan membuat barang yang dilsapu jadi lebih kotor. Jadi apa lima barang yang tidak boleh dicuci guna tisu?

1. CERMIN MATA

Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali anda bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar.  Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata anda.  

2. PERABOT KAYU 

Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau anda guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. Lebih selamat anda buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.

3. SKRIN TELEVISYEN, KOMPUTER & TELEFON

Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.

4. KARPET

Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet anda bertambah kotor dan nampak buruk. Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar. 

5. BAJU HITAM

Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika anda menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!


Sekarang anda sudah tahu keburukan menggunakan tisu untuk membersihkan beberapa barang tidak boleh dipandang remeh. Selepas ini, jangan fikir nak cepat ya. Kena jaga betul-betul barang yang berharga yang dimiliki, bukan senang nak dapat.
ELAKKAN GUNA TISU UNTUK BERSIHKAN 5 BENDA NI Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Pink ponk

Post a Comment