PELARIAN ROHINGYA [ Doa Mereka Didengari ]





Sebaik sahaja mendarat dan diberikan serba sedikit persiapan untuk meneruskan kehidupan di wilayah Nangro Acheh Darussalam, Imam Yunos al-Hafiz mengajak para pelarian Rohingya yang bersamanya memgerja solat Fardhu secara berjamaah.

Ya, mereka semua adalah makhluk Allah dan manusia biasa sebagaimana kita. Iman dan Islam serta erti kemanusiaan sejagat menjambatani hubungan sesama kita.

Di kalangan ribuan pelarian Rohingya ini, ramai orang-orang yang dhaif, kanak-kanak, orang-orang tua, orang-orang yang sakit dan para ulama yang teraniaya di bumi mereka seumpama Imam Yunos al-Hafiz ini . Doa-doa mereka didengari Allah....

Bantulah mereka agar kita juga dibantu Allah kelak terutamanya di saat-saat yang kita amat memerlukan rahmat dan bantuanNya.

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

  1. Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
  2. Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan.
  3. Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
  4. Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran.
  5. Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan.
  6. Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar.
  7. Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
  8. Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
PELARIAN ROHINGYA [ Doa Mereka Didengari ] Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Pink ponk

Post a Comment