JABATAN AUDIT PERLU SEGERAKAN AUDIT 1MDB - HISHAMMUDIN



KUALA LUMPUR 9 Mei - Proses audit yang dijalankan Jabatan Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) perlu dipercepatkan agar orang ramai dapat mengetahui kedudukan kewangan sebenar syarikat tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa sama, Lembaga Pengarah 1MDB juga disarankan supaya melantik sebuah firma antarabangsa bagi melaksanakan audit forensik.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memberitahu, firma audit bebas itu boleh memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan nilai semua aset, liabiliti, status portfolio pelaburan serta kedudukan aliran tunai 1MDB kepada umum.

KREDIT TO utusan
JABATAN AUDIT PERLU SEGERAKAN AUDIT 1MDB - HISHAMMUDIN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Pink ponk

Post a Comment