TOP 5 DUIT SYILING MALAYSIA TERMAHAL


1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846


Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769


Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

3.. 100 ringgit emas peruf Tunku Abdul Rahman 1971 NGC PF 66 Ultra Cameo dilelong RM23,180


Pada 14 Jun 2015, sekeping syiling Peruf 100 Ringgit emas Tunku Abdul Rahman 1971 NGC PF 66 Ultra Cameo telah berjaya dilelong pada harga RM23,180 (termasuk 15% premium pembeli dan 6% GST ke atas premium pembeli) di acara lelongan yang di anjurkan oleh MNP Auctioneers di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Syiling Peruf 100 Ringgit emas Tunku Abdul Rahman Al-Haj 1971 amat sukar dicari kerana hanya ada 500 keping sahaja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

4. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942


Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

5. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550


Pada 27 Mac 2013, semasa acara lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapura, duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading Service (PCGS) "sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD". Setakat ini masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut.


Kredit to Malaysia Coin
TOP 5 DUIT SYILING MALAYSIA TERMAHAL Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Pink ponk
alaminimisteri said...

saya ada banyak..

Unknown said...

Sy ada duit yg di atas...

alan & roslanhjtarip@gmail.com said...

Hello night .. I got coin 50cents year 1968 .. If anyone wana buy from me i will sale with u .. About price dont worry i will give special ofer for u if serious buyer only .. But on cash hand by hand i give coin and money face to face .. My conct : +6738766762 & +6738249992 ( alan ) tq .

alan & roslanhjtarip@gmail.com said...

Hello ! Im forgot to says my coins ( 50cents malaysia year 1968 ) if anyone wana look that real 50cn just txt msg or watsup my num : +6738766762 & +6738249992 " i will show u that coin n sand real picture with u ontime . tq tq . im from brunei .

Post a Comment